21 April 2010

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Desa Oleh YAB Perdana Menteri

Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membangunkan satu modul baru yang dinamakan Pelan Tindakan Desa yang merupakan satu perancangan yang dibuat untuk kampung dalam tempoh yang singkat mengandungi program, cadangan dan projek pembangunan bagi kampung tersebut. Ia bertujuan agar perancangan pembangunan lebih teratur, berkesan dan memfokus terhadap sesebuah kampung.

Pelan Tindakan Desa akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 29 Januari 2009, jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Kuning, Kampar, Perak.

Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpendapat pendekatan modul Pelan Tindakan Desa ini dapat mewujudkan ruang silaturrahim yang lebih baik kerana penduduk kampung dapat diberi peluang dan ruang menyumbangkan pendapat dan idea secara muafakat dalam menentukan hala tuju pembangunan kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan